Wednesday, June 22, 2005

Interesting facts

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.
Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.

Kumpulan-kumpulan Jin.

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.
Gelaran-gelaran Jin dalam istilah orang-orang Melayu.

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.

Antara Jin-Jin yang popular di kalangan orang-orang Melayu ialah :-
a. Hantu Raya j. Hantu Pontianak s. Hantu Polong b. Hantu Toyol k. Hantu Langsuir t. Hantu Penanggal c. Hantu Pelesit l. Hantu Air u. Hantu Bukit d. Hantu Kubur m. Hantu Pari v. Hantu Punjut e. Hantu Jerangkung n. Hantu Laut w. Hantu Bawah Tangga f. Hantu Galah o. Jin Tanah x. Hantu Kum-Kum g. Hantu Bungkus p. Hantu Pocong y. Hantu mati di bunuh h. Hantu Bidai q. Hantu pari-pari z. Hantu Kopek ( Tetek ) i. Harimau Jadian r. Jembalang Tanah zz. Hantu Tengelong

Anak-anak Iblis juga mempunyai kerajaan yang besar antaranya :-1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala
2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.

Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-

1. Melalui Kejahatan ( As-Suu’
) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.

2. Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.

3. Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.

Kadang-kadang orang yang bersahabat denagan Jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan di beritahu oleh Jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di dalam alam itu adalah Karamah daripada Allah Taala. Sebenarnya sangkaan mereka tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Kerana segala pemberian Jin kepada manusia tentang khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat Isim dan huruf itu adalah merupakan salah satu bidang dalam ilmu Kimia semata-mata yang juga boleh di pelajari dan diketahui oleh manusia.

Kata Syeikh Muhyuddi Arabi lagi :" Sesungguhnya ramai orang yang bersahabat dengan Jin akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya itu.
Sifat takbur merupakan salah satu sifat yang paling di murkai oleh Allah dan akan dimasukkan ke dalam Neraka seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis RasulNya.

Ringkasnya kita sebagai seorang Islam di tegah daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan para Jin samada Islam maupun Jin kafir kerana keburukannya lebih banyak jika dibandingkan dengan kebaikan yang akan kita perolehi. Jin akan sentiasa merasuk dan mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.

Antaranya

1. Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.

2. Melalui " saka Baka "

3. Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.

4. Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.

5. Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.

6. Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.

7. Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin .

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia ) Antara tempat-tempat tersebut ialah :-

1. Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.

2. Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

3. Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

4. Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.

5. Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor

6. Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

This is interesting;

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.

Antaranya

1. Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.

2. Melalui " saka Baka "

3. Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.

4. Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.

5. Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.

6. Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.

7. Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin .

Kematian.

Kadang-kadang berlaku juga kejadian yang aneh-aneh ke atas si sakit yang bersahabat dengan Jin ini sewaktu kematiannya. Antara kejadian-kejadian tersebut adalah seperti ;-

a. Mati sudah dua atau tiga hari tetapi masih kelihatan hidup dan sangat kuat makan, bila sudah mati mayat itu telah berbau busuk dan hampir reput.

b. Mayat ditumbuhi bulu yang banyak

c. Mayat di bawa lari oleh puak-puak Jin

d. Mata dan mulut mayat kelihatan ternganga dan kelihatan ngeri

e. Selepas kematiannya kadang kala didapati diri si mati itu ( sebenarnya Jin peliharaannya ) balik semula kerumah dan ada yang tidur serta bersetubuh dengan isterinya. ( yang pada sangkaan isteri si mati, bahawa suaminya itu hidup semula atau bekas suaminya itu keramat atau wali )

f. Sesetengah mayat pula selepas kematiannya hilang di bawa lari oleh Jin peliharaannya ke dalam hutan untuk santapan puak-puak Mereka.

This is interesting, I think this is how raja2 dapat daulat mereka;

Untuk mendapatkan perkhidmatan dan bersahabat dengan Jin, mereka akan membuat berbagai-bagai perjanjian dan " jamu "an serta upacara pemujaan Jin. Setelah perkembangan teknologi dan terciptanya alat-alat moden dan ditambah lagi dengan kesedaran agama yang semakin mendalam di kalangan orang-orang Melayu sekarang, maka dengan itu perkhidmatan Jin-Jin tersebut tidak lagi diperlukan.

Dengan itu anak-cucu dan keturunan orang yang membela Jin tersebut tidak lagi melakukan upacara-upacara men" jamu " Jin sebagaimana datuk nenek mereka dahulu, bahkan mereka juga telah terlupa ataupun tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Jadi Jin-Jin tersebut akan sentiasa mengawasi dan menunggu peluang dan masa untuk menggangu keturunan tuannya, demi menuntut supaya mereka di puja dan di " jamu " sebagaimana pada zaman datuk nenek keturunan tersebut.

Jin tersebut akan mencari dan menggangu keturunan tuannya selama-lamanya, selagi keturunan tersebut tidak membuang Jin belaan tersebut. Dalam keadaan biasa Jin tersebut tidak menggangu keturunan tuannya, tetapi jika terdapat salah seorang daripada ahli keluarga keturunannya itu, di ganggu atau dianiayai oleh orang lain dengan menggunakan Jin, maka Jin keturunan tersebut akan datang membantu.

Tetapi Jin keturunan tidak dapat melakukan apa-apa kerana cucu cicit tuannya tidak tahu untuk mengadakan upacara bagi membela dan memanggil Jin tersebut, tambahan lagi mereka juga tidak mengetahui wujudnya Jin belaan datuk nenek mereka yang sentiasa mengawasi dan mengikuti perkembangan keluarga mereka. Pada ketika itu Jin keturunan tersebut pula yang akan bersama-sama dengan Jin yang di hantar untuk menaniayai ahli keluarga tersebut. Jin yang di hantar dan Jin keturunan sama-sama akan menggangu keluarga tersebut, malahan gangguan Jin keturunan tersebut lebih kuat daripada Jin yang dihantar oleh orang yang khianat itu.

Jika orang yang mengalami gangguan tadi berubat, maka penyakit yang di akibatkan oleh Jin yang di hantar oleh orang yang mengkhianati keluarga tersebut akan lari dan penyakit yang diakibatkanya juga akan sembuh, tetapi penyakit yang diakibatkan oleh Jin keturunan tersebut tidak akan sembuh, walaubagaimana diubati pun, melainkan jika Jin keturunan tersebut dibuang daripada keturunan keluarga tersebut.

Kebanyakan penyakit yang diakibatkan oleh Jin keturunan ini pelik-pelik dan tidak boleh di ubati oleh kepakaran dan kebijaksaan pihak doktor dan hospital, kerana jika di lakukan pemeriksaan di hospital, doktor akan mengatakan bahawa pesakit tersebut normal dan tidak mengalami apa-apa penyakit. Sedangkan pesakit tersebut menderita kesakitan yang sukar digambarkan oleh sesiapa, kecuali orang yang pernah mengalaminya sendiri.

Tanda-tanda adanya penyakit keturunan.

Terdapat tanda-tanda orang yang mempunyai keturunan daripada pembela atau orang yang bersahabat dengan Jin, walaupun mereka tidak mengalami penyakit dan sebab-sebab seperti yang telah dinyatakan di atas. Sebagai panduan, kebiasaannya orang yang ada penyakit keturunan itu akan mengalami salah satu atau kesemua daripada tanda-tanda di bawah, antaranya :-

a. Mudah terkena Rasukan
b. Cemburu
c. Iri hati
d. Jahat Sangka
e. Selalu mimpikan orang minta adakan jamuan atau makan Pengkelasan Keturunan.
f. Panas baran
g. Was-was dalam melakukan pekerjaan
h. Suka berkelahi / bergaduh
i. Ada halangan dan sekatan dalam pekerjaan


Secara ringkasnya kebanyakan daripada keturunan-keturunan di bawah kadang-kala bersahabat atau membela Jin, demi untuk mencapai hasrat dan membantu pekerjaan mereka dalam masyarakat. Keturunan-keturunan tersebut antaranya ialah :-

a. Keturunan Raja
b. Keturunan Panglima
c. Keturunan Tok Bomoh
d. Keturunan Mudim
e. Keturunan Mak Andam
f. Keturunan Syed Malay Jumaat
g. Keturunan Hulubalang
h. Keturunan Mak Bidan
i. Keturunan Penjaga Kampung
j. Keturunan Guru latihan pertahanan diri.